Jom Klik!

Friday, September 02, 2016

Salam Jumaat..

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang menikmati keindahan dunia serta nikmat oleh Nya..Alhamdulillah.. Harini kebetulan Birthday abang ipoku Mohd Rafizi Bin Samikon, rezeki beliau menyambut hari ulangtahun kelahiran di tanah suci mekah . Macam biasa anak buahku yang paling bersemangat buat kad hari jadi buat papanya huhuhuhuhu kami plak yang sedih kikikikiki... damia ..oh damia...ada sebulan lebih lagi damia nak hadapi tanpa papa ngan mama dia disisi.. semoga Allah melindungi dan mempermudahkan segala urusan kami dan segala urusan papa ngan maam damia semasa menjalankan ibadah haji di tanah suci mekah dan pulang dengan selamat serta mendapat haji yang mabrur..

Insyaallah.. nanti aku upload gambar kad yang damia buat ek.
Maaf kalau bila aku membahasakan diri ini sebagai aku heheheheh senang !

Misi harini menyiapkan tempahan kek dari jiran Chocolate Moist Cake - theme Barbie ala- ala sofea the first.Harap hasilnya akan memuaskan hati pelanggan . Aku takde la pandai sangat dan hebat sangat dari segi menghias kek. Sekadar nak buat simple2 tu insyaallah boleh.. Malam ni kene siapkan tempahan PAU CENDAWAN ECAH.. alhamdulillah mendapat tempahan dari staf ANGKASA, Kelana Jaya.Gigihla ..

semoga Misi Harini dan Esok berjaya la...

adiosss!!

Wednesday, August 31, 2016

Assalamualaikum...wahhhhh bersawang!kikikiki

Assalamualaikum semua,
Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke 59!MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

Malunya lak rasa bila blog tidak berupdate..bersawang..nasib baik ada sahabat tolong bersihkan..

Ecah kembali! Kikikiki lama tak ber blog tak tahu nak taip apa,ada ke sahabat yang sudi membaca?tak kisah la nama pun suka suka je kan.

Untuk pengetahuan sahabat, saya masih lagi mengambil tempahan kek secara part time ,cumanya tak sempat nak update je.masa nak berblog tu takdan..

Projek semalam misi menyiapkan PAU CENDAWAN!siapa tak tau pasal pau cendawan yang pemes tu?semua tahu kan ?tapi bukan saya yang buat tau hehehehehe..saya cuma mengambil peluang rezeki yang ada dan resepi yang diviralkan untuk mencari rezeki tambahan.Alhamdulillah PAU CENDAWAN ECAH mendapat sambutan.Terima kasih pada Tuan punya resepi yang sudi berkongsi resepi dan Alhamdulillah secara tidak langsung menyumbang pendapatan buat kami sekeluarga.
Klik sini utk resepi
Pau Cendawan Ecah lebih murah..kenapa murah?bersesuaian la dengan bajet dan rupa pau tersebut..PAU CENDAWAN YANG VIRAL tu lagi cantik dan hebat rupanya..isi yang padat..harap tidaklah dibanding2 kan dengan PAU CENDAWAN ECAH yer.. Hehehehe tidkak sangka pula mendapat sambutan dikalangan sahabat dan jiran..TERIMA KASIH SEMUA!

Misi menghantar PAU CENDAWAN ECAH di subang berjaya..Alhamdulillah 12 bungkus pau berjaya dihantar tq to my adik ipo dan kakak ipo yang tolong promote. Buat masa ni buat berdasarkan tempahan je. Belum berani buat banyak2..hehehehehe

Kita tukar topik lain plak..
Alhamdulillah ...tahniah buat kakakku tersayang dan suami telah diberi peluang menunaikan ibadah haji ..seronoknyaaaaaa...rezeki depa semoga nanti aku dan suami berpeluang untuk buat ibadah umrah dan menunaikan ibadah haji..

27 Ogos 2016 berangkatlah mereka ke MAKKAH. Group kakakku KT34B. Masa hantar tu rasa gembira bercampur dengan sedih sebab akan berjauhan dengan mereka dan sedih tgk anak kecil mereka Damia terpaksa ditinggalkan demi menunaikan tanggungjawab menunaikan ibadah haji..Mujur damia kuat..dia faham yang mama dan papa dia pergi untuk tujuan beribadah..anak buah maklang memang kuat!adala teman atok ngan puan :) Ya Allah permudahkan la segala urusan kami dunia dan akhirat..permudahkanlah kakakku siti rahayu mohamad dan suaminya rafizi samikon dalam mengerjakan ibadah haji dan selamatkan perjalanan pergi dan balik serta mendapat haji yang mabrur.

Semalam damia call suruh maklang dia mai rumah puan..adoii sedih plak tak dapat nak memenuhi permintaan sebab maklang kena siapkan tempahan ..yang seronoknya acik dia dari terengganu balik Kl...penyelamat xde la damia sedih sangat.. Bersabarlah anak buahku Damia..semoga kamu kuat dan tabah ..semoga kamu menjadi anak yang bijak berjaya dan solehah...

Sedih plak tadi mak cerita masa mak ngan adik aku pi rumah kakyu damia duk cerita mama ngan papa selalu nyanyi macam ni:
PAPA SAYANG DAMIA, MAMA SAYANG DAMIA
PAPA SAYANG DAMIA, MAMASAYANG DAMIA TAPI PAPA MAMA PERGI MEKAH,
woooowooo...sedihnya..aku plak over nangis.. Maklang tahu kamu kuat!nanti kita jemput mama ngan papa sama sama ye.. bye..









Sunday, May 24, 2015

Ayoooooooo dah nak masuk 1/2 tahun 2015 baru leh update!pitam!

Assalamualaikum..
Nak ucap selamat tahun baru 2015 macam dah lama sangat... Hehehehehe apapun alhamdulillah kami sehingga kini masih lagi beroperasi.. Cuma x sempat nak update je..TAhun 2015 yang agak mencabar...

Tanggal 2 April 2015 bapa mertua ku telah menghembuskan nafas yang terakhir kerna menghidapi penyakit kanser esofagus.MOhon sedekah kan Al-FAtihah..semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman...


Thursday, July 24, 2014

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Yang bakal Tiba





Assalamualaikum , Kesempatan yang ada ni saya ucapkan Selamat Berpuasa dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI istimewa buat pelanggang , sahabat dan saudara mara yang mengenali diri ini.. Mohon Maaf zahir dan batin...

Pantas sungguh masa berlalu . Semoga Allah ketemukan kita dengan Ramadhan yang akan datang..sedih pulak rasa bila tibanya penghujunng Ramadhan ni.. Pada pelanggan kami terima kasih banyak banyak atas sokongan dan tidak jemu jemu order kek dengan kami.

Berhati hati di jalan raa bagi yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya , Semoga kalian selamat pergi dan balik...

Friday, May 09, 2014

Tempahan April Dan Mei 2014

Gambar di bawah adalah salah satu Produk terbaru kami CheesyKut! cute kan namanya hehhee..
Mengandungi Cream crackes , Cheesy Cream cheese, Blueberry Filling with Milo
Alhamdulillah 



Ini hasilnya dan bentuk rupa  untuk di jual 


Berikut adalah tempahan Cup Cake Medium Size tempahan dari BFF adikku sempena Majlis Pernikahan .. 
250 Biji.. Vanila Cup Cake..





Agak agak boleh teka tak ?hehehe Gambar di bawah adalah BANANA CHOCOLATE CAKE..request by Suriya presint 18..sebab bubuh dalam bekas tupperware takmo kek cair dan comot untuk di bawa pulang ke Melaka.



Kek Princess Request by Kak Nasrah .. Strawberry Flavor 1.5 KG


Mendapat tempahan dari sahabat lama untuk anak kesayangannya barbie cake 1.5KG








Tempahan Wedding Cake 3 tier dari Eliz Suria
3KG




Terima kasih banyak - banyak pada sahabat sahabat yang tidak jemu membuat tempahan dengan saya. Mohon maaf sekiranya ada tempahan yang tidak dapat di penuhi permintaannya..

Nota kaki: Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi ..

Klik..Klik...Klik..heheheh